Warna Hijau Menurut Perspektif Al-Quran: Satu Analisis Awal

Green Colour from The Qur’ānic Perspective: A Preliminary Analysis

  • Norwardatun Mohamed Razali Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Abstract

Warna merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam kehidupan manusia. Di dalam al-Qurān, Allah Subhānahu wata’āla menyebut secara khusus warna-warna tertentu bagi menggambarkan keadaan tertentu. Di antara warna yang disebut di dalam al-Qur’ān ialah warna hijau yang mana ia merupakan warna yang sinonim dengan alam semulajadi. Namun begitu, penggunaan warna hijau di dalam setiap ayat pastinya membawa makna berbeza justeru memerlukan pemahaman dan tafsiran khusus dari ulama’ tafsir. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat al-Qur’ān yang menyebut warna hijau secara langsung dan tidak langsung. Bagi mencapai tujuan ini, penulis akan menggunakan kaedah induktif dengan cara mengumpul ayat-ayat al-Qur’ān yang mengandungi lafaz warna hijau kemudian menganalisis penggunaannya di dalam setiap ayat. Hasil analisis awal mendapati terdapat sembilan ayat yang menyebut warna hijau secara langsung dan satu ayat secara tidak langsung. Sebahagiannya menyentuh keadaan di dunia dan sebahagian lagi menjelaskan tentang kehidupan di hari akhirat, yang mana kesemua ayat ini membawa maksud yang positif seperti keamanan, ketenteraman dan kerehatan. Justeru pemilihan dan penggunaan warna hijau di dalam al-Qur’ān selari dengan emosi dan kehendak manusia yang cenderung kepada alam semulajadi yang kebiasaannya sinonim dengan warna ini.

References

Al-Qurān al-Karīm.

A Al-Baidhāwī (1997). Anwār at-Tanzīl wa Asrār at-Ta’wīl. Beirut: Dār Ihya’ at-Turath al-‘Arabī.

A. Abdullāh (1999). Mukhtār as-sihhah. Beirut: Dar an-Namūzajiyyah.

AQ Az-Zamakhsyarī (1986). Al-Kassyāf ‘an Haqāiq Ghawamidh at-tanzīl (Tafsīr az-Zamakhsyarī). Beirūt: Dārul Kitāb al-‘Arabī.

F Ar-Rāzī (1999). Mafātīh al-Ghaib (Tafsīr ar- Rāzī). Beirūt: Dar Ihyā’ at-Turāth al-‘Arabiyy.

IU Ibnu Kathīr (1998). Tafsīr al-Qur’ān al-‘Azhīm (Tafsīr Ibnu Kathīr). Beirūt: Dārul Kutub al-‘Ilmiyyah.

M Al-Qurthubī (1964). Al-Jāmi’ li ahkām al-Qur’ān (Tafsīr al-Qurthubī). Al-Qāhirah: Dārul Kutūb al-Misriyyah.

MJ At-Thobarī (2000). Jami’ al-Bayān fī Ta’wīl al-Qur’ān. ____: Muassasah ar-Risālah.

MM Ibnu Manzūr (1993). Lisān al-‘Arab. Beirut: Dar Sādir.

MT Ibnu ‘Āsyūr (1984). .At-Tahrīr wa at-Tanwīr. Tunisia: Dārul Tunīsiyyah.

NWM Razali (2018). Dilalat al-alwan fil Quran al-Karim wa ta’thiruha fil ‘amaliah at-ta’limiah “alhifzi anmuzajan: Dirasah Maydaniyyah fil Madrasah at-thanawiyyah bi wilayah birak”. (Tesis Phd). Malaysia: Universiti Sains Islam Malaysia.

S Qutb (1991M). Fī Zilāl al-Quran. Al-Qāhirah: Dar as-Syurūf.

Published
2019-06-01
How to Cite
Mohamed Razali, N. (2019). Warna Hijau Menurut Perspektif Al-Quran: Satu Analisis Awal. Maʿālim Al-Qurʾān Wa Al-Sunnah, 15(1), 14-28. Retrieved from http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/143