Peribadi Muawiyah Ibn Abi Sufyan RA dalam Karya Melayu: Kajian Kritis Terhadap Tulisan Al-Idrus

Main Article Content

Muhammad Zaid Bakar Redin
Mustafa Khlaif Mohammad Abu Zaid
A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-Nadawi
Shumsudin Yabi

Abstract

Peribadi Saidina Muawiyah ibn Abi Sufyan RA antara peribadi Sahabat Nabi SAW yang sering dilanda kontroversi. Hal ini disebabkan beberapa tindakan beliau selepas kewafatan Baginda Nabi SAW yang dipandang salah oleh sebahagian umat Islam. Di antara tindakan beliau itu ialah, perselisihan beliau dengan Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib RA yang menyebabkan tercetusnya peperangan saudara di antara umat Islam, pertukaran sistem khalifah kepada sistem beraja serta penentangan Bani Umayyah terhadap Ahl Bayt. Tindakan-tindakan tersebut telah menyebabkan timbul pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya. Kisah-kisah negatif yang sesetengahnya tidak berasas telah dimuatkan dalam banyak buku, terutamanya buku berkaitan sejarah Islam. Perkara ini juga diulangi oleh kebanyakan para penulis bukan Arab ketika menulis sejarah Islam di dalam bahasa ibunda masing- masing. Antara karya penulisan tersebut, buku ‘Muawiyah ibn Abi Sufyan’ karangan Abdullah bin Hamid al-Idrus. Buku ini di antara karya terawal dalam Bahasa Melayu yang membicarakan secara khusus peribadi Saidina Muawiyah RA. Al-Idrus. Namun buku ini tidak hanya mendatangkan riwayat-riwayat mengenai personaliti Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, bahkan turut mendatangkan beberapa kisah negatif serta hikayat yang mengaibkan mengenai diri beliau. Artikel ini bertujuan untuk meneliti fakta-fakta yang dikemukan buku ini terhadap Saidina Muawiyah RA dengan menggunakan metodologi analisa dan metodologi kritis, terutamanya dalam mengkritik fakta yang tidak tepat dalam mengaitkan diri beliau dalam sesuatu peristiwa. Dapatan kajian mendapati maklumat yang dikemukakan dalam buku ini mengundang syak wasangka serta persepsi buruk terhadap Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, selain al-Idrus tidak mengaplikasikan methodologi yang betul dalam menukilkan riwayat-riwayat sejarah. Tambahan pula, kisah-kisah serta hikayat-hikayat yang dikemukakan kebanyakannya berunsur permusuhan dan kebencian.

Article Details

How to Cite
Bakar Redin, M. Z., Mohammad Abu Zaid, M. K., Doll Kawaid al-Nadawi, A. I. S., & Yabi, S. (2018). Peribadi Muawiyah Ibn Abi Sufyan RA dalam Karya Melayu: Kajian Kritis Terhadap Tulisan Al-Idrus. Journal of Maalim Al-Quran Wa Al-Sunnah, 12(13), 81-99. Retrieved from http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/6
Section
Articles
Author Biographies

Muhammad Zaid Bakar Redin, Calon Sarjana

Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, USIM

Mustafa Khlaif Mohammad Abu Zaid, Professor Madya

Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, USIM

A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-Nadawi, Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, USIM

Shumsudin Yabi, Universiti Sains Islam Malaysia

Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, USIM