Contextual Understanding of Hadith Qawli in Sahih-Bukhari on Word Sami'a in Ibadah (Act of Worship) Perspective

Main Article Content

Juliyana Junaidi
Ikmal Hafiz Jamal
Norzulaili Mohd Ghazali
Hishomudin Ahmad
Rosalina Abdul Salam

Abstract

Hadith merujuk kepada ucapan, perbuatan, pengakuan (taqriri), sifat jasmani dan akhlak Rasulullah SAW. Ia mengandungi pelbagai aspek dalam Islam dan kehidupan seperti aqidah, ibadah dan akhlak. Ibadah
memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia menggambarkan simbolik pengabdian terhadap Allah. Perkataan Sami'a yang memberi maksud ‘mendengar’ sudah maklum diketahui
dalam bidang Hadith kerana ‘mendengar’ merupakan salah satu kaedah periwayatan hadith. Di samping itu, perkataan sami'a juga telah disebutkan beberapa kali dalam matan Hadith. Walau bagaimanapun, kajian lepas berkenaan pengekstrakan perkataan sami'a dalam matan adalah terhad. Selain itu, terdapat juga limitasi terhadap hubungkait perkataan sami'a dengan konteks perbahasan ibadah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisa perkataan sami'a, sinonim beserta morfologinya berdasarkan aspek ibadah daripada Hadith Qawli dalam Sahih al-Bukhari. Sebagai tambahan, konteks hadith tersebut telah diekstrak dan diterangkan untuk mengembangkan pemahaman setiap hadith. Beberapa fasa yang melibatkan proses pengumpulan dan analisis data telah dikenalpasti bertujuan untuk mencapai objektif kajian ini. Fasa pertama merupakan proses pengenalpastian perkataan sami'a, sinonim dan morfologi daripada kamus Bahasa Arab dan juga dengan merujuk kepada Kitab al-Takhrij. Seterusnya, Hadith Qawli yang mengandungi perkataan Sami'a akan diekstrak sebelum fasa data analisis dijalankan. Di dalam fasa analisis hadith, hadith Qawli yang berkaitan dengan Ibadah akan dipilih dan dirujuk kepada beberapa Kitab Sharah hadith. Dan akhir sekali, penerangan hadith daripada aspek ibadah akan diberikan mengikut konteks perbahasan tertentu. Hasil daripada kajian ini menunjukkan terdapat beberapa hadith yang mengandungi perkataan sami'a dalam aspek ibadah. Konklusinya, aspek pendengaran mempunyai fungsinya tersendiri dan ia juga memainkan permainan penting dalam perspektif ibadah. 

Article Details

How to Cite
Junaidi, J., Jamal, I. H., Mohd Ghazali, N., Ahmad, H., & Abdul Salam, R. (2018). Contextual Understanding of Hadith Qawli in Sahih-Bukhari on Word Sami’a in Ibadah (Act of Worship) Perspective. Journal of Maalim Al-Quran Wa Al-Sunnah, 12(13), 132-152. Retrieved from http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/9
Section
Articles
Author Biographies

Juliyana Junaidi, Pelajar Sarjana

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM

Ikmal Hafiz Jamal, Pelajar Sarjana

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM

Norzulaili Mohd Ghazali, Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM

Hishomudin Ahmad, Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM

Rosalina Abdul Salam, Professor

Fakulti Sains dan Teknologi, USIM

References

Al-Quran al-Karim
Abu al-Laith al-Khair al-Abadiyy, 2009. Ulum al-Hadith Asliha Wa
Ma’asiruha. Selangor: Darul Syakir
Al-Asqalani, Ibnu Hajar. Fathul Bari Li Ṣahih Al-Bukhari. 2000 Riyadh:
Dar Al-Bukhariyy, Muhammad PBUH ibn Ismail. 2001. Sahih al-
Bukhari. Dar Tuq al-Najah
Al-Qaradawi, Yusuf al-Qaradawi, 1990. Kayfa Nata’amal Ma’a al-Sunnah
al-Nabawiyyah. Virginia: al-Ma’had al-Alami li al-Fikr al-Islami
152 Vol. 12 No. 13 2017
Al-Qastalani, Ahmad bin Muhammad PBUH. Irshad Al-Sari Sharh
Li Sahih al-Bukhari. 1996. Darul Kutub Al-Ilmiah: Beirut
Al-Siddiqi, Hasbi al-Siddiqi. 1994. Kuliah Ibadah. Jakarta: Bulan
Bintang
J.M. Cowan. 1976. The Hans Wehr Dictionary of Modern Written
Arabic. New York: Spoken Language Services
Mahmud Muhammad al-Syura. Haasah al-Samc Baina al-Quran al-
Karim wal-cIlmu al-Hadith. Al-Mu’tamar al-Sabic lil-Icjaz al-cilmi
fil-Quran wa al-Sunnah. pp.4
Miftahul Asror & Imam Musbikin. 2015 Membedah Hadits Nabi
SAW; Kaedah dan Sarana Studi Hadits serta Pemahamannya. Jawa
Timur: Jaya Star Nine. p. 239
Muhammad PBUH Hashim Kamali. 2008. Shari’ah Law; An Introduction.
England: One World Publications
Mustafa al-Siba’I. 1985. Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri’
al-Islami. Beirut: al-Maktab al-Islami. p. 191
Noah Webster. 1980. Webster’s New Twentieth Century Dictionary.
USA: Willian Collins Publishers
Nur al-Din ‘Itr. 1979. Manhaj al-Naqd Fi ‘Ulum al-Hadith. Damsyik
Dar al-Fikr:
Wahbah Zuhayli. 1989. Al-Fiqh al-Islamy Wa Adillatuh. Kuala
Lumpur: Darul Fikir