Penggunaan Syair dalam Penghujahan Pentafsiran Al-Qur’an: Kajian Terhadap Kitab Al-Lubab Fi Ulum Al-Kitab Karangan Ibnu Adel Al-Hambali

Main Article Content

Ahmad Kamel Mohamed

Abstract

Syair meraih kedudukan yang amat penting dan dipandang tinggi di sisi orang-orang Arab secara umumnya lebih-lebih lagi ahli bahasa, sasterawan dan pengkritik secara khususnya. Kajian ini akan membincangkan tentang kepentingan syair dan peranannya dalam penafsiran al-Qur’an. Syair telah menjadi salah satu alat yang digunakan sebagai hujah dan dalil oleh kebanyakan ahli tafsir ketika menafsirkan al-Qur’an. Penggunaan syair sebagai sokongan dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an telah pun bermula semenjak zaman sahabat R.A.. Mereka merujuk kepada syair dalam memahami sebahagian huruf dan bahasa al-Qur’an yang tidak jelas bagi mereka. Ahli-ahli Tafsir seperti Ibnu Jarir al-Tabari, Abu Hayyan, Ibnu Adel al-Hambali, al-Qurtubi dan ramai lagi yang menggunakan syair sebagai hujah dan dalil dalam menjelaskan makna ayat ataupun menyokong pandangan mereka dari aspek bahasa, hukum hakam mahupun tentang akidah. Kajian ini akan memaparkan metode yang digunakan oleh ahli tafsir dalam membawa hujah-hujah syair ini dengan membawa contoh dari kitab “al-Lubab Fi Ulum al-Kitab” karangan Ibn Adel al-Hambali. Justeru itu, diharap kajian ini boleh memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai penggunaan syair sebagai satu alat yang memainkan peranan yang amat penting bagi menyokong dalam memahami al-Qur’an bahkan juga dalam memahami al-Sunnah.

Article Details

How to Cite
Mohamed, A. K. (2018). Penggunaan Syair dalam Penghujahan Pentafsiran Al-Qur’an: Kajian Terhadap Kitab Al-Lubab Fi Ulum Al-Kitab Karangan Ibnu Adel Al-Hambali. Journal of Maalim Al-Quran Wa Al-Sunnah, 13(14). Retrieved from http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/97
Section
Articles