Terminologi dan Sinonim bagi Istilah Waswas: Suatu Huraian Deskriptif

Main Article Content

Mohd Zahir Abdul Rahman

Abstract

Waswas merupakan gangguan yang bersifat halus yang wujud sejak penciptaan Nabi Adam AS dan Hawa oleh Allah SWT dan masih diperbincangkan sehingga hari ini samada dari sudut definisi, pembahagian, penyebab dan rawatan. Istilah waswas disebut di dalam al-Quran sebanyak lima kali dalam pelbagai wazan di dalam empat surah. Namun, perbahasan mengenai sinonim bagi istilah waswas menurut para sarjana Islam masih kurang diberi perhatian. Justeru, kajian membincangkan satu hubungan istilah waswas dengan istilah yang sinonim menurut perbahasan sarjana Islam. Kajian ini menggunakan sepenuhnya metode kualitatif dalam komponen dokumentasi melalui Kitab Fiqh, Tasawwuf dan Psikologi. Hasil kajian mendapati terdapat lima istilah yang dihubungkan dengan istilah waswas iaitu khawatir, syak, wara’, ihtiyat dan ilham. Kelima-lima istilah ini menujukkan perbezaan yang ketara dengan istilah waswas.

Article Details

How to Cite
Abdul Rahman, M. Z. (2018). Terminologi dan Sinonim bagi Istilah Waswas: Suatu Huraian Deskriptif. Journal of Maalim Al-Quran Wa Al-Sunnah, 13(14). Retrieved from http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/101
Section
Articles