The Concept of “Akhlaq” in Hadith Fi’li on The Word “Basar”
DOI:
https://doi.org/10.33102/jmqs.v11i12.76Abstract
Segala bentuk percakapan, perbuatan, pengakuan, sikap serta sifat fizikal Rasulullah SAW dirakamkan di dalam hadis. Baginda SAW merupakan contoh terbaik kepada sekalian umat manusia.Terdapat banyak kajian berkaitan hadis yang mengupas tentang keistimewaan baginda SAW ini, namun ia masih bersifat umum dan tidak mengaitkannya dengan jenis hadis mahupun mana-mana perkataan tertentu yang merujuk kepada perbuatan baginda. Justeru, kajian ini akan memberi fokus terhadap hadith fi’li iaitu hadith yang merekodkan perbuatan Baginda SAW. Hadith fi’li yang dipilih ialah hadith yang mengandungi perkataan “basar” iaitu merujuk kepada penglihatan Baginda SAW. Bersesuaian dengan kedudukan Baginda SAW sebagai model terbaik kepada seluruh umat manusia, Baginda SAW membawa contoh “akhlaq” terpuji dalam setiap perlakuan termasuklah penglihatan Baginda SAW itu sendiri. Oleh itu, kajian ini wajar dilakukan untuk meneroka konsep “akhlaq” yang terkandung di sebalik perkataan “basar” yang merujuk secara langsung kepada penglihatan Baginda SAW. Limitasi kajian ini tertumpu kepada hadith dalam Sahih al- Bukhari dan ia merupakan kajian berbentuk kualitatif, yang mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan. Ia dibahagikan kepada beberapa fasa yang melibatkan dua proses utama iaitu proses pengumpulan dan analisis data. Uniknya kajian ini kerana ia bukan sahaja tertumpu kepada hadith fi’li yang mengandungi perkataan “basar” semata, tetapi juga merangkumi kepada morfologi bagi perkataan tersebut. Hasil kajian mendapati konsep “akhlaq” yang dihasilkan daripada hadith fi’li yang terkait dengan perkataan “basar” dan morfologinya boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu “akhlaq” kepada Allah, “akhlaq” kepada masyarakat, “akhlaq” kepada pasangan serta “akhlaq” kepada diri sendiri.
Published
How to Cite
Issue
Section
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.
Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.